KARIPAP
KARIPAP
Bahan-bahan:-
Bahan Inti :
1) 1 kg kentang/keledek (dipotong
dadu)
2) 600 gram bawang besar
(dipotong dadu)
3) 800 gram daging lembu/ayam
(dipotong dadu)
4) 1 biji bawang besar
5) 3 ulas bawang merah
6) 4 ulas bawang putih
7) 1 inci halia
8) 1 sudu makan jintan manis
9) 1 bungkus serbuk kari
10) ¾ cawan minyak masak
11) 1 batang kulit kayu manis
12) 3 sudu makan besar gula
13) 1 sudu makan garam
14) ½ sudu teh serbukperisa (jika
mahu)
15) 700 ml air
Bahan doh :
1) 1 kg tepung gandum (ayak)
2) 1 sudu makan garam
3) ¾ buku lepa susu
4) 2 biji telur
5) 1 cawan ais
6) 500 ml air
7) ½ 1
kg minyak masak (untuk
menggoreng)
Cara :
Untuk Inti :
1) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk
dan goreng hingga garing. Masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga
bergumpal.
2) Masukkan daging/ayam dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa, air dan
kentang/keledek. Biarkan mendidih hingga agak kering. Masukkan bawang dadu dan
kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
Untuk Kulit :
1) Masukkan tepung ke dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais.
2) Sementara itu gaul tepung dan telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu atas api
kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul dengan hujung jari hingga
menjadi serbuk roti. Masukkan air ais bergaram sedikit demi sedikit dan gaul hingga jadi
doh. Rehatkan ½ jam.
3) Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu
makan inti, tutup dan kelim kemaskemas
/ gunakan acu karipap untuk menutupnya dan
elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
4) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
5) Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
0 comments:
Post a Comment